Friday, June 20, 2014

Assalam & selamat sejahtera. Selamat datang ke blog rasmi MIRA

Barisan AJK Penaja MIRA Sessi 2013






MIRA? siapa Mira? 


MIRA adalah "nickname" kepada Persatuan Rakaman Bebas Malaysia atau dalam sebutan english iaitu Malaysian Independent Recording Association). Akronim MIRA itu diambil dari huruf awal yang bold seperti di atas.

Ianya telah ditubuhkan pada 8 September 2013 dan telah diluluskan pada 4 Oktober 2013 yang lalu.

Pertubuhan atau persatuan ini adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersifat sebagai Dewan Perniagaan & Pusat Komuniti bagi ahli-ahlinya yang terdiri daripada individu usahawan warganegara Malaysia yang memiliki dan menjalankan syarikat penerbitan dan rakaman bebas berkendiri (independent); yang memegang hakmilik aset rakaman (sound recording ownership) samada lagu, muzik, album termasuk rakaman audio dan segala kandungan digital kreatif multimedia meliputi video; serta bebas berkendiri memasarkan (publish) kandungan-kandungan tersebut secara dalam bentuk fizikal atau digital, samada melantik pihak pengedar yang lain (tetapi tidak melucutkan atau menyerah-hak hakmilik aset tersebut) atau pemasaran secara bersendiri atau secara salinan promosi dan diedarkan secara percuma.

Perbezaan MIRA


Memang terdapat 2 atau 3 pertubuhan yang sama bagi maksud syarikat rakaman samada aktif atau tidak, tetapi kewujudan pertubuhan ini tidak sekali-kali ditubuhkan untuk bersaing dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana terdapat aspek yang jelas membezakan pertubuhan ini iaitu ahli-ahli MIRA adalah terbuka kepada individu rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan kaum dari syarikat rakaman tempatan yang bebas berkendiri dan bukannya sebuah syarikat cawangan dari label antarabangsa.

MIRA juga ramai dianggotai oleh penggiat-penggiat rakaman itu sendiri samada usahawan kecil industri muzik, pemuzik, penyanyi, komposer, penceramah-penceramah agama/motivasi dan individu penerbit kecil-kecilan yang terlibat dalam industri muzik dan persembahan yang kebanyakkannya bukanlah sebuah syarikat badan korporat ataupun syarikat yang diistilahkan sebagai besar dan gagah, mempunyai perniagaan-perniagaan lain seperti kilang-kilang pencetak Compact Disk dan pernah menjadi pemborong-pemborong utama rangkaian kedai-kedai jualan CD dan lain-lain.

Justeru itu pertubuhan ini merupakan satu perkumpulan yang mempunyai tahap saiz perniagaan yang hampir sama dan sudah tentu menghadapi masalah yang hampir sama.

Syabas kepada semua ahli-ahli yang telah mendaftar dan membuat permohonan atas kepercayaan kepada barisan AJK Penaja MIRA selama ini dan diharapkan di atas platform pertubuhan ini, kita dapat bersama sebagai satu suara menyatakan hak, membuat permohonan atau bantahan secara bersepadu dan lain-lain aktiviti untuk pembangunan ekonomi ahli-ahli.

Terima kasih.
Dari Pengerusi Penaja dan barisan Ahli Jawatankuasa Penaja.
ALI A. SAMAD
OTHMAN MASRI
HAJI ROZMAN ABAS
NORIMAH BT MUHAMMAD
HAJI AHMAD SHAZILI ABDULLAH
AMIR FIKRI ABD. HAMID
SABRI MOHD. IDRIS
MOHAMAD ASAMAHDI OSMAN
RAFLI MOHD. DESA



20 Jun 2014

No comments:

Post a Comment