Assalamulaikum dan salam sejahtera!
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak pengurusan akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada 31 Januari 2018 khusus untuk membincangkan tentang masa depan MIRA, keahlian yang masih tertangguh dan meluluskan ahli baru dan akhirnya kepada persiapan Mesyuarat Agung MIRA untuk sessi 2018-2020.
Adalah dengan ini pihak pengurusan mengumumkan bahawa akan terdapat perubahan yang akan dibuat di mana Pengerusi dan Setiausaha secara langsungnya akan mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan jawatan masing-masing bagi memberi peluang kepada Pengerusi dan Setiausaha baru yang mungkin dapat bergerak lebih aktif dan effisien ke arah mencapai matlamat penubuhan persatuan ini semasa ianya didaftarkan.
Ahli-ahli yang sedia ada harap dapat menanti dan memberikan respon bila mana pihak urusetia yang akan dilantik semasa mesyuarat jawatankuasa nanti memberikan notis secara online dan media social (khususnya dalam group facebook) tentang tarikh dan waktu serta lokasi mesyuarat ini akan diadakan.
Sekian, terima kasih.
Haji Rozman Abas
Setiausaha
Persatuan Rakaman Bebas Malaysia (MIRA)
(MUSIC MALAYSIA)
Monday, January 29, 2018
Monday, September 8, 2014
Mesyuarat Agung Kali Pertama Berjalan Lancar...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Tahniah kepada semua ahli-ahli MIRA yang berjaya hadir dan menjalankan tanggungjawab melaksanakan mesyuarat agung yang pertama ini dengan jayanya. Kehadiran yang cukup memberangsangkan ini menunjukkan masih banyak syarikat-syarikat rakaman bebas yang wujud di negara ini tidak memasuki mana-mana persatuan syarikat rakaman ataupun gagal menjadi ahli mana-mana persatuan berkaitan dengan persatuan syarikat rakaman atas alasan yang pelbagai.
Samada masih tidak mengetahui atau samar-samar tentang transformasi perniagaan syarikat rakaman alaf baru ini atau memasuki perniagaan ini sekadar hobi atau suka-suka, ianya tidak boleh memisahkan kita dengan ilmu pengetahuan terkini samada berkaitan dengan pelbagai teknologi baru yang wujud untuk menggantikan cara lama pemasaran muzik diniagakan, ataupun tentang hak-hak pemilik rakaman ke atas pelaburan yang dibuat bagi menghasilkan sesebuah rakaman yang diterbit dan diedarkan.
Justeru itu mari kita sama-sama bersatu sambil menimba pengalaman atas pengetahuan baru perniagaan muzik ini yang selama ini ditutup atau di 'susah'kan pengertiannya sehingga ramai pengusaha-pengusaha rakaman muzik kecil dan marhaen ini sukar untuk mendapatkan maklumat terkini atau kadang-kadang tidak memahami tentang apa yang diperkatakan.
1. Seminar dan Bengkel Pemahaman tentang Harta Intelektual termasuk Paten, Trademark, Hakcipta dan lain-lain yang berkaitan dengan ahli-ahli sebagai Pemilik Rakaman khasnya dan sebagai pengkarya umumnya, termasuk asas-asas pemahaman sebagai Pemilik Rakaman Kandungan, Pelaku Kandungan dan hak-hak royalti yang berkaitan, - ini boleh kita laksanakan dengan bantuan MyIPO dan lain-lain rakan strategik samada dalam dan luar negara;
2. Geran-geran khas bantuan kepada industri kreatif di bawah KKMM yang dilihat begitu penyayang dan murah hati kepada sektor kreatif animasi tetapi terlalu 'berkira' dan kedekut kepada sektor kreatif rakaman muzik/audio/video muzik, bukannya tidak ada tetapi tidak sepadan dengan jumlah pengusaha yang bergiat;
3. Menubuhkan sebuah agensi "One Stop" untuk pendaftaran ringtones, caller ringtones dan apa-apa perniagaan yang melibatkan syarikat telekomunikasi dalam negara atau untuk pasaran negara ini, secara terus bagi kemudahan ahli-ahli;
3. Pengiktirafan kepada MIRA baik dari pihak kerajaan dan swasta serta di kalangan komuniti antarabangsa;
Tiga perkara di atas perlulah kita membuat perancangan teliti dan kita harap barisan AJK yang baru dilantik sessi 2014-2016 ini dapat membuat pelan untuk jangkamasa 6 bulan hingga setahun. Seterusnya pula di kalangan ahli-ahli yang ada agar dapat melengkapkan semua metadata atau perincian hakmilik rakaman anda kepada pihak pengurusan MIRA secepat yang mungkin dan mengeluarkan sedikit pelaburan untuk membuat pendaftaran kepada MyIPO sebuah badan pendaftaran harta intelek yang dilantik oleh kerajaan.
Ini adalah penting untuk menjadikan hak-hak kita sebagai pemilik sesuatu rakaman muzik/audio/video itu terlindung dari segi undang-undang dan hak-hak kita itu tidak dinafikan oleh mana-mana pihak yang lain.
Oleh itu MIRA akan menganjurkan satu Bengkel Pemahaman Pemasaran Digital dalam masa yang terdekat ini dan mana-mana ahli yang berminat bolehlah membuat pendaftaran menerusi email kepada info.mira2013@gmail.com atau hubungi sdr Mahzan dan Jebat Suhairi. Apabila sudah mencapai lebih daripada 30 orang, maka pihak MIRA akan menetapkan tempat dan masa bengkel ini akan diadakan dan membuat jemputan kepada penceramah atau tutor bagi bengkel ini.
Selamat berpersatuan kepada semua ahli, terima kasih.
Haji Rozman b Haji Abas
Setiausaha MIRA
Tahniah kepada semua ahli-ahli MIRA yang berjaya hadir dan menjalankan tanggungjawab melaksanakan mesyuarat agung yang pertama ini dengan jayanya. Kehadiran yang cukup memberangsangkan ini menunjukkan masih banyak syarikat-syarikat rakaman bebas yang wujud di negara ini tidak memasuki mana-mana persatuan syarikat rakaman ataupun gagal menjadi ahli mana-mana persatuan berkaitan dengan persatuan syarikat rakaman atas alasan yang pelbagai.
Samada masih tidak mengetahui atau samar-samar tentang transformasi perniagaan syarikat rakaman alaf baru ini atau memasuki perniagaan ini sekadar hobi atau suka-suka, ianya tidak boleh memisahkan kita dengan ilmu pengetahuan terkini samada berkaitan dengan pelbagai teknologi baru yang wujud untuk menggantikan cara lama pemasaran muzik diniagakan, ataupun tentang hak-hak pemilik rakaman ke atas pelaburan yang dibuat bagi menghasilkan sesebuah rakaman yang diterbit dan diedarkan.
Justeru itu mari kita sama-sama bersatu sambil menimba pengalaman atas pengetahuan baru perniagaan muzik ini yang selama ini ditutup atau di 'susah'kan pengertiannya sehingga ramai pengusaha-pengusaha rakaman muzik kecil dan marhaen ini sukar untuk mendapatkan maklumat terkini atau kadang-kadang tidak memahami tentang apa yang diperkatakan.
PELAN BERTINDAK MIRA
Beberapa rancangan gerak-kerja bagi persatuan ini perlulah kita rangka bagi mewujudkan pelan bertindak beserta dengan 'target' sesebuah pelan itu dijangkakan akan mencapai tujuannya. Antaranya adalah:1. Seminar dan Bengkel Pemahaman tentang Harta Intelektual termasuk Paten, Trademark, Hakcipta dan lain-lain yang berkaitan dengan ahli-ahli sebagai Pemilik Rakaman khasnya dan sebagai pengkarya umumnya, termasuk asas-asas pemahaman sebagai Pemilik Rakaman Kandungan, Pelaku Kandungan dan hak-hak royalti yang berkaitan, - ini boleh kita laksanakan dengan bantuan MyIPO dan lain-lain rakan strategik samada dalam dan luar negara;
2. Geran-geran khas bantuan kepada industri kreatif di bawah KKMM yang dilihat begitu penyayang dan murah hati kepada sektor kreatif animasi tetapi terlalu 'berkira' dan kedekut kepada sektor kreatif rakaman muzik/audio/video muzik, bukannya tidak ada tetapi tidak sepadan dengan jumlah pengusaha yang bergiat;
3. Menubuhkan sebuah agensi "One Stop" untuk pendaftaran ringtones, caller ringtones dan apa-apa perniagaan yang melibatkan syarikat telekomunikasi dalam negara atau untuk pasaran negara ini, secara terus bagi kemudahan ahli-ahli;
3. Pengiktirafan kepada MIRA baik dari pihak kerajaan dan swasta serta di kalangan komuniti antarabangsa;
Tiga perkara di atas perlulah kita membuat perancangan teliti dan kita harap barisan AJK yang baru dilantik sessi 2014-2016 ini dapat membuat pelan untuk jangkamasa 6 bulan hingga setahun. Seterusnya pula di kalangan ahli-ahli yang ada agar dapat melengkapkan semua metadata atau perincian hakmilik rakaman anda kepada pihak pengurusan MIRA secepat yang mungkin dan mengeluarkan sedikit pelaburan untuk membuat pendaftaran kepada MyIPO sebuah badan pendaftaran harta intelek yang dilantik oleh kerajaan.
Ini adalah penting untuk menjadikan hak-hak kita sebagai pemilik sesuatu rakaman muzik/audio/video itu terlindung dari segi undang-undang dan hak-hak kita itu tidak dinafikan oleh mana-mana pihak yang lain.
Oleh itu MIRA akan menganjurkan satu Bengkel Pemahaman Pemasaran Digital dalam masa yang terdekat ini dan mana-mana ahli yang berminat bolehlah membuat pendaftaran menerusi email kepada info.mira2013@gmail.com atau hubungi sdr Mahzan dan Jebat Suhairi. Apabila sudah mencapai lebih daripada 30 orang, maka pihak MIRA akan menetapkan tempat dan masa bengkel ini akan diadakan dan membuat jemputan kepada penceramah atau tutor bagi bengkel ini.
Selamat berpersatuan kepada semua ahli, terima kasih.
Haji Rozman b Haji Abas
Setiausaha MIRA
Friday, June 20, 2014
Assalam & selamat sejahtera. Selamat datang ke blog rasmi MIRA
Barisan AJK Penaja MIRA Sessi 2013 |
MIRA? siapa Mira?
MIRA adalah "nickname" kepada Persatuan Rakaman Bebas Malaysia atau dalam sebutan english iaitu Malaysian Independent Recording Association). Akronim MIRA itu diambil dari huruf awal yang bold seperti di atas.
Pertubuhan atau persatuan ini adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersifat sebagai Dewan Perniagaan & Pusat Komuniti bagi ahli-ahlinya yang terdiri daripada individu usahawan warganegara Malaysia yang memiliki dan menjalankan syarikat penerbitan dan rakaman bebas berkendiri (independent); yang memegang hakmilik aset rakaman (sound recording ownership) samada lagu, muzik, album termasuk rakaman audio dan segala kandungan digital kreatif multimedia meliputi video; serta bebas berkendiri memasarkan (publish) kandungan-kandungan tersebut secara dalam bentuk fizikal atau digital, samada melantik pihak pengedar yang lain (tetapi tidak melucutkan atau menyerah-hak hakmilik aset tersebut) atau pemasaran secara bersendiri atau secara salinan promosi dan diedarkan secara percuma.
Perbezaan MIRA
Memang terdapat 2 atau 3 pertubuhan yang sama bagi maksud syarikat rakaman samada aktif atau tidak, tetapi kewujudan pertubuhan ini tidak sekali-kali ditubuhkan untuk bersaing dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana terdapat aspek yang jelas membezakan pertubuhan ini iaitu ahli-ahli MIRA adalah terbuka kepada individu rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan kaum dari syarikat rakaman tempatan yang bebas berkendiri dan bukannya sebuah syarikat cawangan dari label antarabangsa.
MIRA juga ramai dianggotai oleh penggiat-penggiat rakaman itu sendiri samada usahawan kecil industri muzik, pemuzik, penyanyi, komposer, penceramah-penceramah agama/motivasi dan individu penerbit kecil-kecilan yang terlibat dalam industri muzik dan persembahan yang kebanyakkannya bukanlah sebuah syarikat badan korporat ataupun syarikat yang diistilahkan sebagai besar dan gagah, mempunyai perniagaan-perniagaan lain seperti kilang-kilang pencetak Compact Disk dan pernah menjadi pemborong-pemborong utama rangkaian kedai-kedai jualan CD dan lain-lain.
Justeru itu pertubuhan ini merupakan satu perkumpulan yang mempunyai tahap saiz perniagaan yang hampir sama dan sudah tentu menghadapi masalah yang hampir sama.
Syabas kepada semua ahli-ahli yang telah mendaftar dan membuat permohonan atas kepercayaan kepada barisan AJK Penaja MIRA selama ini dan diharapkan di atas platform pertubuhan ini, kita dapat bersama sebagai satu suara menyatakan hak, membuat permohonan atau bantahan secara bersepadu dan lain-lain aktiviti untuk pembangunan ekonomi ahli-ahli.
Terima kasih.
Dari Pengerusi Penaja dan barisan Ahli Jawatankuasa Penaja.
ALI A. SAMAD
OTHMAN MASRI
HAJI ROZMAN ABAS
NORIMAH BT MUHAMMAD
HAJI AHMAD SHAZILI ABDULLAH
AMIR FIKRI ABD. HAMID
SABRI MOHD. IDRIS
MOHAMAD ASAMAHDI OSMAN
RAFLI MOHD. DESA
20 Jun 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)